Friday 15 November 2013

Permulaan Saya Bersama Program Tune Talk Tone Excel (TTTE)

Assalamualaikum....
Salam Sejahtera.....

Nama saya Nor Azaman Bin Ahmad, tinggal di Puchong, Selangor dan berusia 44 tahun. Blog ini khusus saya buat untuk merakamkan aktiviti perniagaan saya bersama Program Referral Tune Talk Tone Excel (TTTE).

Saya mula menyertai Program Referral TTTE dengan id 179839 pada 06.11.2013. Kebetulan saya memang sedang mencari satu bentuk perniagaan yang boleh saya mulakan secara sambilan, dengan modal yang rendah, namun mempunyai potensi untuk menjana pendapatan lumayan dan seterusnya menjadi sumber pendapatan utama buat diri saya.

Saya mencari serba sedikit maklumat berkenaan Program Referral TTTE ini dan saya dapati program ini sangat menarik. Dari situ saya membuat keputusan untuk memulakan program ini, dan saya menganggap program ini adalah satu perniagaan yang sangat santai, tiada bebanan dan mempunyai potensi yang sangat besar untuk menjana pendapatan lumayan yang berkekalan.

Saya terfikir untuk merekodkan perjalanan saya bersama perniagaan TTTE ini, maka hari ini, Sabtu, 16hb November 2013 saya mulakan blog KoridorSukses ini.


"SERIBU LANGKAH MENUJU KEJAYAAN ADALAH BERMULA DARI LANGKAH YANG PERTAMA"



No comments:

Post a Comment